Gempa 6.8 skala Richter di Kepulauan Maluku

No Image Caption
A
A
A

JAKARTA - Gempa bumi bermagnitud 6.8 Skala Richter menggegar kepulauan Maluku, Indonesia pada jam 6.46 pagi waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa itu berpusat di 40 kilometer (km) timur laut Ambon-Maluku di kedalaman 10km dan tidak mencetuskan tsunami.

Tiga gempa susulan bermagnitud 3.2 hingga 5.6 Skala Richter dicatatkan berlaku sehingga jam 11 pagi ini.

Berdasarkan gambar yang dikongsi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), beberapa bangunan dan rumah di kota Ambon, dan kabupaten Maluku Tengah, rosak teruk.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: