Polis Marin rampas lebih 600,000 rokok

A
A
A

KUALA KEDAH - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu menahan sebuah lori dan rokok pelbagai jenis bernilai RM669,440 di Lorong Haji Ismail Jalan Dato Kumbar dalam Op Landai semalam.

Komander Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, pasukan dari Unit Risikan Marin Kuala Kedah menjalankan risikan dan membuat pemantauan berkala dalam tempoh dua bulan bagi mengesan aktiviti pengedaran rokok tanpa cukai berkenaan.

"Bertindak atas maklumat tersebut, kita membuat serbuan ke atas lori berkenaan. Pemeriksaan ke atas lori dilakukan dan kita temui 50 bungkusan guni putih yang disyaki mengandungi rokok tanpa cukai.

"Sebanyak 628,000 batang rokok pelbagai jenis dirampas berserta sebuah lori putih Jenis Hino 300," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemandu lori serta barang rampasan tersebut dibawa ke Martek PPM W1 Kuala Kedah untuk proses dokumentasi dan pengiraan kuantiti barang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel Berkaitan: