Pemberontak Houthi umum inisiatif keamanan

Gabungan Arab memerangi Houthi dalam konflik yang berlarutan selama lima tahun di Yemen.
Gabungan Arab memerangi Houthi dalam konflik yang berlarutan selama lima tahun di Yemen.
A
A
A

SANA’A - Pemberontak Houthi lewat semalam mengumumkan rancangan untuk menghentikan segala bentuk serangan ke atas Arab Saudi sebagai sebahagian daripada inisiatif keamanan untuk menamatkan konflik selama lima tahun di Yemen.

Ketua Majlis Tertinggi Politik, Mehdi al-Mashat berkata, beliau berharap Riyadh akan memberi tindak balas positif berikutan peperangan tersebut telah meragut puluhan ribu nyawa dan jutaan lagi mengalami kebuluran yang turut disifatkan sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia oleh PBB.

“Inisiatif tersebut adalah untuk membawa keamanan melalui rundingan yang serius bagi mencapai perdamaian nasional yang komprehensif yang tidak mengecualikan sesiapa. Matlamat utama adalah untuk menghalang lebih banyak kematian orang awam tidak berdosa dan mendapatkan pengampunan,” ujarnya.

Al-Mashat juga menggesa pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a dan akses di Pelabuhan Hodeida yang menjadi titik masuk penting bagi import serta bantuan kemanusiaan. - AFP

Artikel Berkaitan: