Arab Saudi aktifkan semula rancangan penswastaan kelab sukan

Benzema bertepuk tangan di sebelah anaknya selepas perlawanan LaLiga Sepanyol, Real Madrid menentang Athletic Club de Bilbao di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid pada 4 Jun.- Foto AFP
Benzema bertepuk tangan di sebelah anaknya selepas perlawanan LaLiga Sepanyol, Real Madrid menentang Athletic Club de Bilbao di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid pada 4 Jun.- Foto AFP
A
A
A

ARAB Saudi berhasrat menawarkan beberapa kelab sukan untuk penswastaan bermula pada suku keempat, kata agensi berita negara SPA, pada Isnin.

Perkembangan itu sekali gus memberi nafas baharu kepada pelan yang membentuk sebahagian agenda ekonomi untuk mengurangkan pergantungan kepada minyak.

Pelan itu yang dilancarkan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman akan meluluskan pelaburan oleh syarikat utama dan agensi pembangunan dalam kelab sukan sebagai pertukaran untuk pemindahan pemilikan, kata agensi itu.

Cadangan itu menawarkan beberapa kelab sukan untuk penswastaan, bermula dari suku terakhir 2023, satu kenyataan yang dibawa oleh media kerajaan berkata, tanpa menyatakan berapa banyak kelab akan diswastakan.

Sukan antara tonggak pelan kepelbagaian ekonomi Wawasan 2030 kerajaan yang bertujuan membina industri baharu dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Projek itu memberi tumpuan utama kepada bola sepak, sukan kebangsaan negara, seperti dalam kenyataan itu.

Kerajaan meluluskan rancangan untuk menukar kelab sukan milik kerajaan kepada syarikat swasta pada akhir 2016.

Liga domestik juga telah menarik beberapa pemain yang paling popular dalam sukan ini, apabila penghujung tahun lalu, pemain Portugal, Cristiano Ronaldo menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Bulan lalu, sumber yang rapat dengan kapten Argentina, Lionel Messi - saingan Ronaldo untuk gelaran pemain terbaik generasinya - telah menerima tawaran rasmi untuk menyertai kelab Arab Saudi Al-Hilal musim depan.

Pada Ahad, media kerajaan Saudi melaporkan kelab Al Ittihad mencapai persetujuan dengan penyerang Perancis, Karim Benzema untuk perjanjian dua tahun.