Jenazah Dr Md Farid selamat dikebumikan

Jenazah Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Sheikh Haji Ahmad Kampung Chokoh, Serkat, dekat sini kira-kira 5.30 petang tadi.
Jenazah Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Sheikh Haji Ahmad Kampung Chokoh, Serkat, dekat sini kira-kira 5.30 petang tadi.
A
A
A

PONTIAN - Jenazah Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Sheikh Haji Ahmad Kampung Chokoh, Serkat, dekat sini kira-kira 5.30 petang tadi.

Kira-kira 300 orang termasuk masyarakat sekitar Pontian, ahli keluarga dan sanak saudara arwah menghadiri pengebumian tersebut.

Terdahulu, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Jamek Dato' Noh Gadut Serkat, Kampung Serkat untuk disolatkan.

Hadir menziarahi jenazah di masjid itu untuk memberi penghormatan terakhir dan menyertai solat jenazah ialah Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang tiba di masjid itu kira-kira jam 3.40 petang.

Sebelum itu, jenazahnya telah melalui proses bedah siasat bermula jam 12.30 tengah hari hingga 2 petang di Unit Forensik, Hospital Pontian di sini.

Turut berada di hospital tersebut adalah ahli keluarga terdekat, sanak saudara dan rakan seperjuangan Allahyarham dalam arena politik.

Antara yang hadir, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr Mohd Hatta Md Ramli dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Setelah selesai dibedah siasat, jenazah kemudian dimandi dan dikapankan sebelum dibawa keluar dari unit hospital itu menggunakan van jenazah hospital dengan diiringi pasukan pengiring Polis Diraja Malaysia, untuk dibawa pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat Laut di sini.

ARTIKEL BERKAITAN Dr Md Farid meninggal dunia kerana komplikasi jantung

Artikel Berkaitan: