Dr Md Farid meninggal dunia kerana komplikasi jantung

Dr Sahruddin ditemui media selepas solat jenazah di Masjid Jamek Datuk Noh Gadut, Serkat petang tadi.
Dr Sahruddin ditemui media selepas solat jenazah di Masjid Jamek Datuk Noh Gadut, Serkat petang tadi.
A
A
A

PONTIAN - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik disahkan meninggal dunia kerana mengalami komplikasi jantung.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, hasil bedah siasat mendapati tiga saluran utama jantung Allahyarham tersumbat.

Menurutnya, terdapat saluran jantung yang tersumbat sehingga 90 peratus selain saluran utama darah di otak turut tersumbat.

Dr Sahruddin turut menyifatkan kehilangan Allahyarham satu berita yang mengejutkan kepada negara serta Pakatan Harapan (PH).

"Berita (pemergian) yang sangat mengejutkan kerana arwah masih ada program (di kawasan Parlimen Tanjung Piai) sehingga malam tadi.

"Dikhabarkan sehingga jam 3 pagi tadi Allahyarham bertemu masyarakat setempat. Dalam jam 6 pagi, arwah ke hospital selepas mengalami sakit dada kiri," katanya ketika ditemui selepas solat jenazah di Masjid Jamek Datuk Noh Gadut, Serkat di sini petang tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan Menteri di JPM meninggal dunia

Pemimpin zahir takziah di Twitter, FB pemergian Md Farid

Artikel Berkaitan: