X

Kindly register in order to view this article
!

Jalan pertama guna teknologi berasas getah

Zamri (kiri) meninjau kerja penurapan semula laluan sepanjang 150 meter Jalan Alor Setar-Kuala Kedah.
A
A

ALOR SETAR - Kira-kira 150 meter Jalan Alor Setar-Kuala Kedah menjadi laluan pertama di Kedah menggunakan teknologi baharu menggunakan getah.

Exco Kerja Raya, Datuk Zamri Yusuf berkata, kerajaan Kedah mengambil inisiatif menggunakan teknologi baharu turapan asphalt terubahsuai getah bekuan atau CupLump Modified Asphalt (CMA) untuk penurapan semula itu.

Menurut beliau, kejayaan teknologi CMA bagi projek membina semula Jalan Persekutuan di beberapa negeri merupakan satu penemuan baharu bagi kaedah penurapan jalan dalam negara.

"Turapan jalan menggunakan teknologi bahan campuran getah ini dijangka lebih baik daripada cara konvensional berdasarkan kelebihannya.

"Antaranya, teknologi CMA didapati mampu meningkatkan daya tahan jalan terhadap haba atau cuaca panas, meningkatkan daya cengkaman tayar di jalan raya dan menjimatkan kos penyelenggaraan jalan dalam jangka masa panjang," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Suka Menanti berkata, kerja penurapan semula jalan di sepanjang laluan berkenaan merupakan projek perintis teknologi CMA di Kedah.

Katanya, pihaknya menjangkakan inisiatif berkenaan akan meningkatkan permintaan ke atas getah beku termasuk getah sekerap sekaligus memanfaatkan industri getah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!