Kerajaan Perak umum RM117,000 untuk aktiviti sukan

Howard (dua dari kiri) mengumumkan peruntukan RM117,000 yang disediakan kerajaan negeri untuk menjalankan aktiviti sukan sepanjanh Oktober nanti
Howard (dua dari kiri) mengumumkan peruntukan RM117,000 yang disediakan kerajaan negeri untuk menjalankan aktiviti sukan sepanjanh Oktober nanti
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak umum RM117,000 peruntukan kepada mana-mana persatuan atau kelab sukan yang ingin menganjurkan aktiviti sukan sepanjang Bulan Sukan Negara pada Oktober ini.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee berkata, pemberian tersebut terbuka kepada semua persatuan atau kelab berdaftar di daerah-daerah di negeri ini.

Menurutnya, tiga persatuan atau kelab di daerah akan dipilih untuk menerima RM3,000 bagi menjalankan aktiviti sukan yang dirancangkan.

"Dana pemerkasaan sukan ini juga terbuka dan melibatkan semua golongan termasuk belia, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan wanita.

"Permohonan dana ini akan dibuka bermula hari ini sehingga 29 September 2019. Proses pemilihan ini akan dijalankan oleh Jabatan Belia dan Sukan Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak," katanya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Howard berkata, semua permohonan boleh dihantar bersama kertas kerja yang lengkap melalui emel danasukanperak@gmail.com.

Artikel Berkaitan: