Pesawat kargo hilang di timur Indonesia

Pesawat Twin Otter DHC6-400 berlepas dari bandar Timika menuju ke Ilaga. -Foto Istimewa
Pesawat Twin Otter DHC6-400 berlepas dari bandar Timika menuju ke Ilaga. -Foto Istimewa
A
A
A

TIMIKA - Sebuah pesawat kargo Indonesia dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara hari ini.

Pesawat Twin Otter DHC6-400 berlepas dari bandar Timika pada jam 10:39 pagi (waktu tempatan) menghala ke Ilaga, sebuah kawasan pergunungan di wilayah timur terpencil Papua dan dijangka tiba 50 minit selepas berlepas.

"Selepas dua jam setengah, tiada sebarang maklumat dari lapangan terbang berhampiran berhubung lokasi pesawat, kami mengambil keputusan mengumumkan pesawat terputus hubungan," kata ketua agensi pengangkutan tempatan, Yan Purba kepada Metro TV.

Pesawat terbabit membawa tiga kru dan seorang penumpang berserta 1.7 tan beras.

Menurut Purba, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan bagi mengesan pesawat berkenaan yang dilaporkan terbang dalam keadaan cuaca baik.

Indonesia memiliki rekod keselamatan penerbangan yang buruk dan Papua terutamanya merupakan kawasan bermasalah untuk penerbangan berikutan kawasan bergunung-ganang dan cuaca buruk. - AFP

Artikel Berkaitan: