X

Kindly register in order to view this article
!

Jerebu: 124 sekolah di Kedah ditutup esok

IPU di Kulim mencatatkan bacaan 211 iaitu sangat tidak sihat.
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memaklumkan sebanyak 124 buah sekolah termasuk sekolah agama sesi petang melibatkan seramai 58,241 pelajar diarah tutup esok kerana jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu melebihi 200.

Setakat jam 4 petang tadi, kawasan tersebut didapati mencatatkan bacaan IPU 211 iaitu sangat tidak sihat.

Dalam kenyataan di sini hari ini, sebanyak 90 buah sekolah di daerah Kulim melibatkan seramai 49,598 pelajar seperti Kolej Tingkatan Enam Kulim, Kolej Vokasional Kulim, Maktab Mahmud Kulim, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Chee dan lain diarah tutup.

Turut ditutup, sebanyak 29 buah sekolah dari di Bandar Baharu membabitkan seramai 7,276 pelajar termasuklah Maktab Mahmud Bandar Baharu, SJKC Cheong Chen, SJKC Kwang Hwa, SJKC Kwang Hwa Ski, SJKC Poay Chai dan banyak lagi.

Selain itu, lima lagi sekolah di daerah Baling yang terletak berdekatan Kulim/Bandar Baharu turut ditutup iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakai, Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Tawar, SK Badang, SK Ulu Bakai dan SK Seri Inas melibatkan seramai 1,367 pelajar.

Melalui kenyataan itu, JPN Kedah akan memaklumkan sebarang perubahan dari semasa ke semasa.

"Selain itu, pihak sekolah diingatkan supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan serta mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa," tambahnya.

Terdahulu, Exco Pendidikan, Dr Salmee Said berkata, sebanyak 17 buah sekolah iaitu enam buah sekolah menengah dan 11 buah sekolah rendah yang mempunyai sesi petang di Kulim telah diarah tutup pada hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu: 1,484 sekolah di tujuh negeri ditutup


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!