Jerebu: 1,484 sekolah di tujuh negeri ditutup

Guru Prasekolah Nur Shahidah Mohd Afendi (kiri) bersama Pengawal Keselamatan Mohammad Zikrie Abdul Rahim (kanan) memasang notis 'Sekolah Ditutup' susulan jerebu melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Shah Alam. -Foto Bernama
Guru Prasekolah Nur Shahidah Mohd Afendi (kiri) bersama Pengawal Keselamatan Mohammad Zikrie Abdul Rahim (kanan) memasang notis 'Sekolah Ditutup' susulan jerebu melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Shah Alam. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,484 buah sekolah melibatkan seramai 1,003,310 pelajar dari tujuh buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak ditutup setakat pukul 1 tengah hari tadi.

Jumlah berkenaan merangkumi sebanyak 25 sekolah melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 27,531 pelajar, manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 66 buah sekolah ditutup melibatkan seramai 48,527 pelajar.

Di Selangor, sebanyak 538 sekolah ditutup melibatkan seramai 584,595 pelajar manakala di Sarawak, sebanyak 337 buah sekolah ditutup dengan melibatkan seramai 138,384 pelajar.

Di Negeri Sembilan pula, sebanyak 53 buah sekolah ditutup iaitu seramai 28,073 pelajar. Di Negeri Sembilan, sebanyak 53 buah sekolah ditutup melibatkan seramai 28,073 pelajar.

Manakala di Pulau Pinang, sebanyak 162 buah sekolah ditutup melibatkan seramai 90,233 pelajar dan di Perak pula sebanyak 303 buah sekolah ditutup dengan melibatkan 85,967 pelajar.

Dalam satu kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu sederhana hingga tebal di beberapa kawasan: MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan pergerakan asap jerebu merentasi sempadan dan tempatan berkemungkinan menyebabkan keadaan cuaca jerebu sederhana sehingga tebal di beberapa kawasan di Malaysia antara 17 sehingga 19 September.

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) hari ini, berdasarkan Laporan Pergerakan Asap Jerebu oleh MetMalaysia pada 3 petang semalam, situasi itu akan mempengaruhi jarak ketampakan di kawasan seperti seluruh Sarawak, pantai barat Semenanjung dan timur Sabah iaitu Tawau dan Sandakan.

Menurut Laporan Jabatan Alam Sekitar pada jam 8 pagi tadi, terdapat 34 kawasan menunjukkan kualiti udara tidak sihat dan lapan kawasan menunjukkan bacaan sangat tidak sihat.