Maszlee mahu bahasa Melayu dimartabatkan

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas (tiga dari kiri), Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik) Kementerian Pendidikan, Datuk Kamel Mohamad (tiga dari kanan) hadir pada Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu.
Sebahagian yang hadir pada Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu termasuk Sasterawan Negara,Datuk Seri Dr A. Samad Said (dua kanan)
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas (tiga dari kiri), Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik) Kementerian Pendidikan, Datuk Kamel Mohamad (tiga dari kanan) hadir pada Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu. Sebahagian yang hadir pada Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu termasuk Sasterawan Negara,Datuk Seri Dr A. Samad Said (dua kanan)
A
A
A

BANGI - Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dalam usaha untuk membudayakan bahasa kebangsaan yang sebenar menerusi kaedah pembelajaran yang terbaik, lebih difahami dan bukan semata-mata mengikut silibus mata pelajaran.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Maszlee Malik berkata, tanggungjawab mempertahankan bahasa Melayu bukan sahaja perlu dipikul oleh Kementerian Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka atau universiti-universiti tempatan sahaja, sebaliknya melibatkan semua warganegara.

"Melalui sistem pendidikan yang terbaik disediakan kerajaan, saya yakin kita mampu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia dalam masa terdekat.

"Untuk menjadi bahasa ilmu, sesuatu bahasa itu harus mencapai taraf dan mempunyai ciri-ciri penting seperti keintelektualan bahasa yang berkeupayaan menyampaikan buah fikiran atau hujah dengan tepat serta berkesan.

"Hal ini dapat dibuktikan dengan keupayaan bahasa tersebut dalam penggunaan laras-laras bahasa yang tepat dan mencerminkan kejelasan pemikiran yang logik," katanya ketika berucap pada Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik) Kementerian Pendidikan, Datuk Kamel Mohamad dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas (tengah) menyampaikan penghargaan kepada Datuk Seri Dr A. Samad Said (kiri) pada Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas (tengah) menyampaikan penghargaan kepada Datuk Seri Dr A. Samad Said (kiri) pada Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu.

Selain itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Haji Abang Sallehuddin Abang Shokeran; Profesor Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican dan Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr A Samad Said

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Maszlee berkata, bahasa ilmu itu juga perlu mempunyai ciri kesempurnaan dan perbendaharaan kata yang luas serta sistem dan struktur tatabahasa yang komprehensif.

"Dalam mendepani cabaran masa hadapan, kita perlu berevolusi dan mengadaptasi dengan cepat kepada perubahan untuk terus mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang relevan.

"Bagi memastikan bahasa Melayu muncul sebagai bahasa ilmu dan seterusnya menjadi bahasa antarabangsa, saya menyarankan agar pakar ilmuwan memikirkan cara yang berkesan dalam usaha mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang relevan," katanya.