'Pas for all' lakar sejarah di rumah panjang

Abdul Hadi (duduk, tengah) berkesempatan bersama masyarakat etnik Iban yang merayakan sambutan Hari Malaysia ke-56 peringkat Pas Pusat di rumah panjang RH Gima, Kuala Tatau, Bintulu Sarawak hari ini.FOTO: FB Muhtar Suhaili As-Sarawaki

A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas mencipta sejarah apabila julung kali menganjurkan program Himpunan Hari Malaysia ke-56 peringkat Pas Pusat 2019 di sebuah rumah panjang di RH Gima, Kuala Tatau, Bintulu Sarawak hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Muhtar Suhaili berkata, berbeza dengan sambutan sebelum ini di premis dewan atau hotel, penganjuran program julung kali Pas di rumah panjang di Sarawak ternyata menerima sambutan luar biasa masyarakat etnik Iban.

Menurutnya, program itu turut membuktikan komitmen Pas sebagai parti Islam yang mampu berlaku adil dan terbuka untuk semua.

"Slogan 'Pas For All' diterjemahkan melalui program dilaksanakan hari ini membuktikan Pas bukan sebuah parti ekstrim tetapi parti kekal dengan jati diri, dasar dan prinsipnya sebagai gerakan Islam dalam mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS).

"Pas akan terus berjuang membentuk masyarakat madani dalam konteks masyarakat majmuk dan agama di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook peribadinya hari ini.

Abdul Hadi(tiga kanan) bersama kepimpinan Pas dan DHPP meraikan sambutan Hari Malaysia ke-56 di rumah panjang RH Gima, Kuala Tatau, Bintulu Sarawak hari ini. FOTO: FB Muhtar Suhaili As-Sarawaki
Abdul Hadi(tiga kanan) bersama kepimpinan Pas dan DHPP meraikan sambutan Hari Malaysia ke-56 di rumah panjang RH Gima, Kuala Tatau, Bintulu Sarawak hari ini. FOTO: FB Muhtar Suhaili As-Sarawaki

Program dirasmikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraie, Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, M Balasubramaniam dan Ketua DHPP Sarawak, Achau Mujah.

Artikel Berkaitan:

Penganjuran program Pas yang dilaksanakan di ruai RH Gima iaitu sebuah rumah panjang masyarakat etnik Iban.

Karnival Rakyat turut diadakan dengan pelbagai aktiviti menarik sejak awal pagi.