Rezeki musim panas, lakar sejarah 'naikkan' 45 patin buah

Mohd Syahir menunjukkan 43 ekor ikan patin buah yang berjaya dinaikkan dari Sungai Pahang Khamis lalu.
Mohd Syahir menunjukkan 43 ekor ikan patin buah yang berjaya dinaikkan dari Sungai Pahang Khamis lalu.
A
A
A

TEMERLOH - Keadaan air sungai surut akibat musim panas yang melanda negara memberikan rezeki tambahan buat seorang pengusaha ikan sangkar di Sungai Pahang di sini.

Dengan menggunakan jaring hanyut, Mohd Syahir Hamka, 32, dari Kampung Pangsenam di sini berjaya menaikkan 45 ekor patin buah bersama rakannya, Mohd Syahrul Azlan, 30, Khamis lalu.

Menurutnya, jumlah itu juga melakar sejarah buat kaki pancing di sini yang dianggap tertinggi selepas 20 tahun.

"Paling banyak yang diceritakan oleh orang-orang tua kampung, sebanyak 29 ekor patin buah berjaya dinaikkan 20 tahun lalu.

"Ia juga pengalaman kali pertama buat saya apabila dapat dalam jumlah banyak sebegini," kata pemuda itu kepada Sinar Harian pada Rabu.

Rasa dan keenakan isi patin buah menjadi buruan para penggemarnya.
Rasa dan keenakan isi patin buah menjadi buruan para penggemarnya.

Ujar Mohd Syahir, sebahagian ikan tersebut terjual kepada rakan-rakan serta penggemar ikan tersebut.

"Setakat ini harga ikan patin buah di pasaran boleh mencecah hingga RM180 sekilogram.

"Selebihnya, buat makan sendiri bersama keluarga kerana bukan mudah nak rasai keenakan ikan patin buah liar dari Sungai Pahang sendiri," tambahnya.

Keistimewaan patin buah ialah isi atau rasa ikan berkenaan lebih pejal dan tidak mudah hancur apabila dimasak, selain mempunyai lemak yang sedap dimakan terutama di bahagian kepala imenyebabkan ia sering menjadi buruan penggemar ikan air tawar terbabit.