Tak sayang nyawa ke dik...

Gelagat beberapa kanak-kanak menunggang basikal lajak secara berbahaya di atas jalan raya tular di media sosial.
Gelagat beberapa kanak-kanak menunggang basikal lajak secara berbahaya di atas jalan raya tular di media sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu video menunjukkan beberapa kanak-kanak menunggang basikal lajak secara berbahaya di atas jalan raya tular di media sosial malam tadi.

Insiden itu dikatakan berlaku di Klang, Selangor dan gelagat ‘berani mati’ mereka dirakamkan oleh seorang pengguna jalan raya yang berada dalam sebuah lori.

Video berdurasi 22 saat itu memaparkan empat remaja terbabit seperti sedang berlumba dan kedudukan mereka begitu hampir dengan lori berkenaan.

“Aksi berani mati geng basikal lajak meluncur belakang lori. Ya ALLAH, itu kalau masuk bawah lori, arwah kau dik.

“Tolonglah pantau anak-anak dan sentiasa ambil tahu di mana mereka bermain,” menurut hantaran di satu halaman popular di Facebook.

‘Keberanian’ remaja menunggang basikal lajak secara berbahaya sering mengundang keresahan dalam kalangan masyarakat bimbangkan keselamatan dan nyawa mereka.

Meskipun polis berulang kali menjalankan operasi menahan mereka yang terlibat dalam aktiviti tersebut, namun masih ramai berdegil dan terus membahayakan nyawa dengan cara sedemikian.

Malah, tragedi meragut sembilan nyawa di Johor pada dua tahun lepas seolah-olah tidak memberi kesan kepada mereka apabila masih ramai remaja meneruskan aktiviti itu.

Artikel Berkaitan: