Persamaan jerebu, penyatuan UMNO-Pas

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpelukan selepas menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC semalam. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpelukan selepas menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC semalam. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Andai diamati secara fizikal hatta mata kasar manusia mana mungkin wujudnya persamaan mahupun perkaitan antara jerebu dan UMNO-Pas.

Namun sekiranya dikorek yang tersembunyi, diselami yang tersirat, mungkin ada persamaannya. Mungkin sukar difahami namun ya, mungkin wujud persamaannya.

Umum mengetahui, jerebu membuatkan penglihatan menjadi kabur. Bangunan pencakar langit juga kelihatan samar-samar, dilitupi asap yang menyesakkan mata.

Pas dan UMNO pula, hampir sama kisahnya. Dulu, hubungan mereka kelihatan kabur, penyatuan masih samar-samar namun kini semakin jelas hala tuju mereka.

Himpunan Penyatuan Ummah 2019 (HPU2019) menjadi saksi, hubungan yang kabur sebelum ini semakin jelas, ikatan semakin erat, segala elemen samar-samar dibuang jauh-jauh.

Termeterainya Piagam Muafakat Nasional mengukuhkan lagi penyatuan mereka. Andai ahli-ahli kurang jelas hala tuju UMNO-Pas, kini semuanya semakin terang, menyuluh lohong-lohong gelap yang membungkam mereka sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih UMNO-Pas kembali bertaut di PWTC

Berbalik hal jerebu, lazimnya ia semakin pulih dengan kerapnya hujan, rahmat merentasi alam. Semakin lebat hujan, insya-ALLAH semakin bersih udara kita, semakin menipis jerebunya.

Andai kekalahan UMNO benar-benar membuka jalan penyatuan bersama Pas maka bolehlah dianggap kekalahan itu sebagai ‘rahmat’ buat UMNO bahkan Pas juga.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Bak kata orang Inggeris, 'a blessing in disguise'. Selepas berpuluh tahun bersengketa, akhirnya dua parti Melayu Islam terbesar di Malaysia itu berjaya mencapai kata sepakat.

Kesepakatan itu begitu besar maknanya, cukup indah buat ahli-ahlinya sehinggakan ramai menitiskan air mata tatkala piagam dimeterai. Tangisan itu pasti terkandung perasaan terharu, bangga dan mungkin lega.

Hakikatnya, jerebu merupakan isu nasional yang merunsingkan jiwa rakyat Malaysia. Lebih membingungkan, boleh pula Sarawak dipersalahkan, dikatakan menjadi punca jerebu di Kuala Lumpur.

Semua orang tahu dari mana datangnya asap-asap itu. Mereka tidak menyalahkan diri sendiri malah menuding jari menyalahkan orang lain pula.

Allahyarham Nik Aziz setuju penyatuan UMNO-Pas, kata Hadi

Begitu jugalah kisahnya dengan UMNO. Lebih setahun melepaskan kerajaan namun andai ada sahaja kebobrokan dalam pimpinan kerajaan sekarang, disalahkan pula kepimpinan terdahulu.

Tidakkah sama sahaja kisahnya apabila Indonesia menyalahkan Sarawak kerana jerebu di Kuala Lumpur? Hampir sama bukan.

Sudah pasti ramai berharap penyatuan ini tidak seperti jerebu. Datang dan pergi sesuka hati, hadirnya tidak dirai dan perginya tidak diratapi.

Piagam Muafakat Nasional garis enam hasrat utama

Sesungguhnya, orang Melayu mendambakan penyatuan ini namun ada juga yang kurang senang dengan kesepakatan ini.

Sebagai rakyat Malaysia, diharapkan kerjasama sebegini mampu menjadikan negara ini lebih baik pada masa depan. Tidak kiralah siapa memimpin, dahulukanlah rakyat mendahului ‘poket’ anda.

Semoga Malaysia terus maju, harmoni dan disulami kecintaan sesama rakyat.

Saya sayang Malaysia...

No Image Caption