Allahyarham Nik Aziz setuju penyatuan UMNO-Pas, kata Hadi

Ahmad Zahid dan Abdul Hadi bergambar bersama pimpinan parti selepas menandatangani piagam Permuafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC hari ini. -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ahmad Zahid dan Abdul Hadi bergambar bersama pimpinan parti selepas menandatangani piagam Permuafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC hari ini. -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa penyatuan UMNO dan Pas dipersetujui Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika bekas Muryidul Am Pas itu masih hidup.

Beliau berkata, perkara itu pernah dibincangkan dengan Nik Aziz dalam mesyuarat majlis syura parti itu sebelum ini.

“Taawun (kerjasama) ini ialah satu istilah yang sudah sepakat dengan Tuan Guru Nik Aziz ketika beliau masih hidup lagi kerana kerjasama (dengan UMNO) pernah ada zaman 70-an dulu.

“Taawaun dibincangkan oleh Majlis Syura Ulamak pada masa Tok Guru masih hidup lagi,” katanya kepada sidang media Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Nik Aziz ketika hayatnya pernah mencadangkan supaya UMNO dan Pas dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Pendirian itu pernah dilaporkan media pada 2008 ketika Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang, Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Piagam Muafakat Nasional garis enam hasrat utama

Terdahulu, Enam hasrat utama Piagam Muafakat Nasional digariskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani Piagam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, antara perkara tersebut ialah berkaitan akidah, keimanan dan keikhlasan, agenda besar, jaminan permuafakatan, elakkan pergeseran, tonggak kepimpinan serta kekal selama-lamanya.

Ahmad Zahid berkata, permuafakatan ini antara UMNO dan Pas berlandaskan kepada akidah, keimanan dan keikhlasan sebagai paksi bagi memperkukuhkan kebersamaan kita serta Ia bukan semata-mata agenda politik.

Ahmad Zahid dan Abdul Hadi menandatangani piagam Permuafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC hari ini. -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ahmad Zahid dan Abdul Hadi menandatangani piagam Permuafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC hari ini. -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM