X

Kindly register in order to view this article
!

'Saya masih setia bersama DAP'

Paparan skrin laporan Sinar Harian berkaitan peletakan jawatan dua ADUN DAP itu Rabu lalu.
A
A

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng menegaskan bahawa beliau tidak akan menyertai Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Menurutnya, beliau menolak jemputan dari Pas kerana masih kekal setia terhadap DAP yang dipimpin Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Saya tidak akan menyertai DHPP. Saya menegaskan bahawa saya memang taat kepada kepimpinan Guan Eng dan kepimpinan DAP Pusat.

“Saya masih ahli DAP dan akan meneruskan perjuangan DAP demi rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Sinar Harian gagal untuk mendapatkan maklum balas daripada ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih.

Kelmarin, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria mempelawa dua ADUN berkenaan untuk mengukuhkan DHPP.

Cheok Keng meletakkan jawatan sebagai Timbalan Bendahari DAP Perak dan Thye Yih telah meletakkan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Organisasi DAP Perak.

Kedua-dua mereka meletakkan jawatan susulan tidak berpuas hati dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming di dalam akhbar berbahasa Cina berhubung perbincangan Pakatan Harapan (PH) mengenai kedudukan Exco kerajaan negeri, Paul Yong yang menghadapi pertuduhan merogol pembantu rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 ADUN DAP Perak letak jawatan dalam parti demi Paul Yong


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf