MDP siap sedia bantu operasi padam kebakaran ladang

Anggota bomba memadamkan kebakaran tanah gambut di ladang milik Mardi di Pontian.
A
A

PONTIAN- Majlis Daerah Pontian (MDP) bersiap sedia daripada aspek logistik dan tenaga kerja sekiranya diarahkan membantu operasi memadamkan kebakaran tanah gambut di ladang milik Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (MARDI) dan Jabatan Pertanian di Jalan Johor-Pontian.

Yang Dipertuanya, Noor Syazlan Abdul Razak berkata, seramai 20 kakitangan diletakkan dalam keadaan bersiap sedia membantu operasi pemadaman ladang seluas kira- kira 7.5 hektar yang terbakar sejak 3 September lalu.

Menurutnya, setakat ini MDP hanya memberikan bantuan sebuah jengkaut bersama pemandu jengkaut bagi operasi pemadaman yang melibatkan beberapa agensi dan jabatan antara Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Noor Syazlan (tengah) menyampaikan bantuan IPT kepada pelajar kurang berkemampuan di bangunan Majlis Daerah Pontian hari ini.
Noor Syazlan (tengah) menyampaikan bantuan IPT kepada pelajar kurang berkemampuan di bangunan Majlis Daerah Pontian hari ini.

"Belum ada arahan lagi untuk MDP terlibat secara langsung membantu operasi pemadaman. Tetapi jika diperlukan kita sedia turun padang.

"Berdasarkan mesyuarat penyelaras tindakan bencana daerah pada Khamis lepas, MDP hanya diminta menyediakan logistik iaitu jengkaut dan pemandunya," katanya di sini.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia