Siasatan dalaman, operasi Epic tak terjejas

Mohd Shamsol Bahrin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dr Ahmad Samsuri.
Mohd Shamsol Bahrin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dr Ahmad Samsuri.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yakin operasi anak syarikat milik kerajaan negeri, Eastern Pasific Industrial Corperation (Epic) Berhad tidak akan terjejas walaupun berdepan siasatan dalaman.

Beliau percaya pihak yang bekerjasama dengan Epic termasuk di peringkat subsidiari ingin melihat kepada urus tadbir yang baik, akauntabiliti serta telus dan cermat.

“Apa yang berlaku, saya percaya akan memberikan lebih keyakinan kepada pihak luar.

“Sekiranya kita lakukan dengan proses yang betul dan mengikut disiplin korporat sebagaimana diamalkan syarikat-syarikat besar, tentunya ia tidak akan melonggarkan keyakinan pihak di luar sana kepada Epic dan anak-anak syarikatnya,” katanya.

Dr Ahmad Samsuri (dua kanan) beramah mesra dengan pengamal media.
Dr Ahmad Samsuri (dua kanan) beramah mesra dengan pengamal media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Malam Penghargaan Media Bersama Epic Berhad di Hotel Permai, di sini.

Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Epic, Mohd Shamsol Bahrin Mohd Kamil dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.

Artikel Berkaitan:

Epic kini berdepan siasatan dalaman berikutan terdapat aduan ke atas syarikat terbabit.

Dr Ahmad Samsuri sebelum ini berkata, apa yang berlaku adalah prosedur biasa apabila terdapat aduan dan Ahli Lembaga Pengarah Epic telah berbincang, beberapa langkah telah dibuat supaya proses siasatan dapat dijalankan dengan telus dan adil.

Siasatan itu katanya, dijalankan oleh jawatan kuasa dalaman syarikat itu sahaja.

Sementara itu, katanya, Epic melihat penerokaan kepada ruang-ruang baharu bagi tahun 2019, sambil memperkukuhkan perniagaan utamanya yang berteraskan petroleum dan gas.

“Kita berjaya menghasilkan sumber bekalan tenaga baharu (renewable-energy) dengan siapnya Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 Megawat (Mw) di Teluk Kalong, Kemaman, sekaligus menjadi loji janakuasa solar terbesar beroperasi di negara ini, sejak 14 Januari lalu.

“Ia adalah sebahagian daripada usaha serius kerajaan negeri untuk mencuba pelbagai kaedah baharu bagi mempelbagaikan sumber pendapatan, termasuk menjimatkan perbelanjaan negeri,” katanya.