Terkejut jumpa dua bom tangan depan rumah

Afzanizar menunjukkan lokasi penemuan bom tangan itu oleh seorang lelaki berusia 43 tahun.
Afzanizar menunjukkan lokasi penemuan bom tangan itu oleh seorang lelaki berusia 43 tahun.
A
A
A

MELAKA TENGAH - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki terkejut selepas menemui dua objek dipercayai bom tangan di hadapan rumahnya di Taman Bunga Raya, Bukit Beruang di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 9.40 pagi, lelaki berusia 43 tahun sedang membersihkan kawasan luar rumah yang baru didiami dua minggu lalu sebelum terlihat objek tersebut yang tersembunyi di bawah rimbunan daun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dikejarkan ke lokasi susulan menerima aduan daripada lelaki itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihak UPB mengesahkan ia adalah bom tangan jenis asap yang fizikalnya masih lengkap serta mempunyai pin keselamatan selain sering digunakan dalam latihan polis.

Dua bom tangan yang ditemui di hadapan rumah.
Dua bom tangan yang ditemui di hadapan rumah.

"Bom tangan asap itu biasanya digunakan dalam latihan pasukan polis dan kemungkinan berada di lokasi itu lebih dari dua minggu.

"Kedua-dua objek itu dianggarkan setiap satunya memiliki berat 200 hingga 300gram dan telah selamat dialihkan sebelum dibawa ke IPK untuk dimusnahkan oleh pasukan UPB," katanya kepada pada sidang akhbar di lokasi berkenaan hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, semakan yang dilakukan pihak polis tidak menemui sebarang nombor siri atau rekod semakan syarikat pengeluar bom asap tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Jika dapati wujud kesalahan jenayah, pihak polis akan membuka kertas siasatan," katanya.