Pembenihan awan akan dilakukan segera jika atmosfera sesuai

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Operasi pembenihan awan (OPA) bagi mengurangkan kesan jerebu di negara ini terutamanya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan barat Sarawak akan segera dilaksanakan sekiranya keadaan atmosfera sesuai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan hari ini berkata Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui MET Malaysia sudah berada dalam keadaan siapsiaga untuk melaksanakan OPA dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

"Namun operasi hanya akan dilakukan sekiranya keadaan atmosfera berada dalam keadaan yang sesuai... MET Malaysia sentiasa memantau keadaan itu dari semasa ke semasa dan akan segera melaksanakan OPA apabila keadaan sesuai,” kata kenyataan itu.

Matahari berwarna kemerahan ketika cuaca berjerebu yang dirakam berhampiran Taman Negara Wetlands di Samariang, Petra Jaya hari ini. -Foto Bernama
Matahari berwarna kemerahan ketika cuaca berjerebu yang dirakam berhampiran Taman Negara Wetlands di Samariang, Petra Jaya hari ini. -Foto Bernama

Menurut kenyataan itu, kemungkinan untuk berlaku hujan lebat di Malaysia, selain Sumatera dan Kalimantan, Indonesia yang ketika ini berlaku peningkatan bilangan titik panas, adalah rendah dalam tempoh seminggu yang akan datang.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar dan sentiasa memakai penutup muka, serta turut dinasihatkan untuk minum air yang banyak dan tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dalam tempoh ini.

Maklumat dan ramalan cuaca terkini daripada MET Malaysia boleh diperoleh melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi myCuaca dan media sosial. - Bernama

Artikel Berkaitan: