Gajah liar ditempatkan semula di santuari Aman Jaya

Xavier (kiri) memberi makan gajah selepas merasmikan Sambutan Hari Gajah Sedunia di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di sini hari ini.
Xavier (kiri) memberi makan gajah selepas merasmikan Sambutan Hari Gajah Sedunia di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di sini hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Projek santuari gajah di Aman Jaya, Perak bakal menjadi tarikan terbaharu ekopelancongan di samping sebagai usaha berterusan kerajaan memulihara populasi gajah di negara ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, projek santuari itu akan dibangunkan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dilihat mampu mengatasi masalah pencerobohan gajah liar di kawasan tertentu di negara ini.

Menurutnya, pada masa ini pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Perak dan mengenal pasti kawasan di Aman Jaya merupakan lokasi terbaik untuk menempatkan gajah liar terancam.

"Kementerian dengan kerjasama kerajaan negeri Perak telah meluluskan cadangan ini dan sebanyak 100 hektar tanah yang akan digunakan dan bakal dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-12.

"Rancangan kita adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah yang mempunyai konflik dengan manusia untuk dilepaskan semuka di dalam hutan melalui santuari ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Gajah Sedunia di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji; Ketua Setiausaha Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli, Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Dalam pada itu, Xavier berkata, pihaknya kini sedang meningkatkan rondaan di dalam hutan dengan kerjasama pihak polis bagi memastikan gajah tidak menjadi mangsa pemburu haram.

"Gajah merupakan binatang yang diancam kepupusan dan wajib dilindungi oleh semua lapisan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga telah mencapai 95 peratus penangkapan gajah dalam masa dua tahun dan sebagai langkah berjaga-jaga terdapat dan setengah kawasan telah pasang pagar elektrik untuk mengelakkan konflik gajah dan manusia," katanya.