Dua lelaki, pelumba haram ditahan

Semua yang ditahan dibawa balik ke IPD Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.
Semua yang ditahan dibawa balik ke IPD Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.
A
A
A

JITRA - Polis menahan dua lelaki dipercayai penganjur (bookie) kegiatan lumba haram dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di Daerah Kubang Pasu semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, pihaknya juga menahan dua lagi lelaki iaitu pelumba dan merampas wang tunai sebanyak RM230 dipercayai wang pertaruhan kegiatan lumba haram.

Menurutnya, operasi khas samseng jalanan tersebut diketuai Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kubang Pasu, Asp Mohd Juhaisam Jusoh bersama pegawai dan anggotanya.

“Ketika berada di lampu isyarat Pekan Asun, pihak polis mengesan pergerakan empat lelaki sedang berlumba motosikal dengan aksi merbahaya menghala ke Dewan Wawasan Jitra.

"Hasil pemantauan dan risikan polis melihat pelumba telah memberhentikan motosikal di sebuah kedai makan dan berurusan dengan dua lelaki yang mengutip sejumlah wang di percayai penganjur perlumbaan.

"Hasil tindakan pantas pihak polis berjaya menahan dua lelaki yang disyaki menjadi penganjur perlumbaan dan dua lelaki sebagai pelumba," katanya.

Mohd Ismail berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut masing-masing di bawah seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, operasi yang berakhir sekitar jam 5 pagi juga berjaya menyita sebanyak enam buah motosikal dan sebanyak 32 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mohd Ismail, semua lelaki yang ditahan akan dibawa ke mahkamah untuk tujuan reman pada pagi ini.