Kerajaan tolak gerakan boikot produk bukan Islam

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan menolak usaha pihak tertentu yang memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada hari ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersetuju bahawa usaha memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah sangat tidak wajar.

"Jemaah Menteri menolak pemikiran dan pendirian sempit berasaskan sentimen perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara.

"Rakyat sebaliknya diseru untuk menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia kerana ia akan memberi kebaikan kepada negara," kata kenyataan itu.

Baru- baru ini beberapa pihak termasuk warganet dikatakan melancarkan kempen memboikot produk keluaran bukan Islam menerusi media sosial.

Artikel Berkaitan: