Sewa teres 2 tingkat jadi stor rokok seludup

Antara rampasan rokok yang dirampas dalam operasi di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sentosa, Klang semalam.
Antara rampasan rokok yang dirampas dalam operasi di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sentosa, Klang semalam.
A
A
A

KLANG - Empat penyeludup rokok tidak sempat melarikan diri apabila stor simpanan mereka di sebuah rumah teres dua tingkat diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi di Taman Sentosa, di sini semalam.

Serbuan kira-kira jam 10.20 pagi itu melibatkan seorang pegawai bersama empat anggota PPM Pelabuhan Klang hasil maklumat dan risikan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, empat lelaki berusia lingkungan 22 hingga 24 tahun itu diberkas ketika sedang menyusun kotak di dalam rumah tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui 28 kotak berisi 1,423 karton rokok putih dan kretek yang dianggarkan bernilai RM198,135.20 termasuk cukai.

"Kita turut merampas lima buah telefon bimbit milik suspek.

Antara rampasan rokok yang dirampas dalam operasi di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sentosa, Klang semalam.
Antara rampasan rokok yang dirampas dalam operasi di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sentosa, Klang semalam.

"Siasatan awal kita percaya suspek ini terlibat secara langsung dalam kegiatan pengedaran rokok seludup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosman berkata, rokok-rokok seludup itu dipercayai baharu sahaja tiba di rumah tersebut yang dijadikan stor penyimpanan sejak tiga bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, rumah teres itu disewa sindiket dengan harga RM1,000 sebulan dan mereka dengan menjadikan kawasan taman perumahan sebagai stor penyimpanan.

"Kesemua suspek kini ditahan di Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.