Dong Zong jumpa Muhyiddin esok

Dong Zong
Dong Zong
A
A
A

PUTRAJAYA - Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akan berjumpa Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin esok.

Muhyiddin berkata, pertemuan itu bagi membincangkan isu berkaitan pembatalan pendaftaran Dong Zong Johor oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Mereka akan jumpa saya esok dan nanti saya akan dengar. Ini bukan masalah apa, ini masalah pengurusan beberapa persatuan yang bergabung di bawah Dong Zong.

“Ini kerana mereka tidak mematuhi peraturan pendaftar pertubuhan. Saya telah diberi laporan tapi esok mereka akan hadir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, pertemuan esok turut dihadiri wakil dari RoS untuk bersama-sama melihat apa yang wajar dibaiki dan dibetulkan.

Januari lalu, Dong Zong Johor menerima surat tunjuk sebab daripada RoS Johor kerana perlembagaan mereka bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 kerana terdapat penglibatan guru-guru.

Kemudian, pada 20 Ogos lalu, persatuan itu menerima surat pembatalan bertarikh 8 Ogos daripada Pengarah RoS Johor dengan alasan tidak menerima sebarang penjelasan mengenai pindaan perlembagaan persatuan berkaitan penglibatan guru.

Artikel Berkaitan:

Dong Zong Pusat kemudian mengemukakan surat rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung pembatalan pendaftaran Dong Zong Johor dan berhasrat untuk bertemu Muhyiddin.