Perkeso tidak pilih bulu selesaikan kes babit pencarum

Nora (empat dari kanan) menyampaikan bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 kepada keluarga Rasyidi di Kampung Senor, Meranti.
Nora (empat dari kanan) menyampaikan bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 kepada keluarga Rasyidi di Kampung Senor, Meranti.
A
A
A

PASIR MAS - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan menegaskan tiada unsur pilih bulu dalam menyelesaikan kes-kes yang mempunyai hubung kait caruman dengan badan berkenaan.

Pengarah Perkeso negeri, Nora Yaacob berkata, setiap laporan atau maklumat yang diterima pihaknya akan diberikan respon segera menerusi Skuad Perkeso Prihatin.

"Skuad Perkeso Prihatin sentiasa memantau maklumat sama ada melibatkan kemalangan maut atau pesakit kronik yang terdiri daripada pencarum kami.

"Jika mencukupi syarat kelayakkan caruman, maka tindakan serta merta akan diambil tanpa mengira kedudukan latar belakang," katanya.

Terdahulu Nora dan rombongan menyampaikan bayaranse Faedah Pengurusan Mayat (FPM) banyak RM2,000 kepada keluarga Rasyidi Rosli, 23, di Kampung Senor, Meranti yang maut di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang baru-baru ini.

Sebelum kejadian, Allahyarham Rasyidi merupakan pengawal keselamatan sebuah syarikat yang mencarum dengan Perkeso.

Menurutnya, Perkeso Kelantan sentiasa komited membantu pencarum yang memerlukan dengan sebaik mungkin.

Katanya, langkah itu bertepatan dengan penubuhan badan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai bantuan yang dihulurkan Nora berkata, pencen penakat berjumlah RM589.05 sebulan turut diberikan kepada Mahanee Yakaria, 21, isteri kepada Allahyarham Rasyidi.

Katanya, proses tuntutan itu segera dilakukan sejurus Perkeso Kelantan mendapat maklumat berhubung kemalangan yang menimpa Allahyarham Rasyidi.

Sinar Harian 19 Ogos lalu melaporkan seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah kereta di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, berhampiran Kampung Kelapa Wangi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal keselamatan maut nahas langgar lari