Tampar jurutol kerana enggan bayar tol

Jurutol terbabit ditampar lelaki tersebut beberapa kali.
Jurutol terbabit ditampar lelaki tersebut beberapa kali.
A
A
A

GURUGRAM - Seorang jurutol di plaza tol di India dikasari pengguna jalan raya hanya kerana wanita itu memintanya membayar tol.

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Rahul, 23, telah ditahan polis Gururgram beberapa jam selepas kejadian yang berlaku pada minggu lalu.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang turut menjadi tular di media sosial menunjukkan lelaki terbabit menjerit pada jurutol tersebut sebelum menampar mangsa beberapa kali.

Wanita itu tidak berdiam diri malah memukulnya semula.

Beberapa individu yang berada di plaza tol itu cuba untuk meleraikan mereka.

Sementara itu, polis mengesahkan mereka menerima laporan tentang kejadian itu dan jurutol terbabit mendakwa lelaki itu bertindak sedemikian selepas diminta membayar tol.

"Lelaki itu enggan bayar. Dia juga mengasari wanita terbabit dan mengugut mahu membunuhnya," kata jurucakap pihak berkuasa.

Difahamkan, kereta lelaki itu turut dirampas polis. - Agensi

Artikel Berkaitan: