Premis hiburan siang hari diserbu

Pemeriksaan ke atas pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur oleh DBKL bersama agensi kerajaan dalam operasi yang diadakan awal pagi, semalam.
Pemeriksaan ke atas pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur oleh DBKL bersama agensi kerajaan dalam operasi yang diadakan awal pagi, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah premis hiburan yang beroperasi sehingga waktu tengah hari di Jalan Peel di sini diserbu dalam Operasi Bersepadu Pusat Hiburan awal pagi semalam.

Operasi oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) menjalankan pemeriksaan di tujuh premis.

Sebahagian wanita yang ditahan dalam operasi berkenaan.
Sebahagian wanita yang ditahan dalam operasi berkenaan.

Pengarah Jabatan Penguat Kuasa DBKL Azman Mahmood berkata, premis tersebut tamat tempoh lesen sejak Julai lalu dikesan beroperasi lebih masa dipercayai bermula jam 7 petang hingga jam 12 tengah hari.

"Premis itu dijadikan sebagai tempat bagi mereka yang mahu sambung berhibur hingga ke tengah hari walaupun pusat hiburan berkenaan sepatutnya ditutup pada jam 3 pagi.

"DBKL menyita premis di bawah Seksyen 4 (1) (a), Seksyen 4 (1) (b) dan Seksyen 17 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992 kerana tiada lesen operasi," katanya.

No Image Caption

Dalam perkembangan lain katanya, dua ditahan selepas positif dadah dalam saringan ke atas 42 pengunjung di pusat hiburan di Jalan Imbi dan Jalan Peel oleh AADK.

Artikel Berkaitan:

“Pihak kastam merampas pelbagai jenis minuman keras atas kesalahan menjual minuman keras tanpa lesen dan menjualnya melebihi waktu jualan.

“Sementara pihak Jawi mengeluarkan Notis Perintah Hadir Kaunseling (Seksyen 43 Akta 559) terhadap 30 pengunjung beragama Islam di dua premis hiburan di Jalan Imbi," katanya.