Aktiviti berbasikal meriahkan sambutan merdeka di Benut

Benut Merdeka Fun Night Run sempena sambutan Hari Kebangsaan menarik lebih 250 peserta malam semalam.
Benut Merdeka Fun Night Run sempena sambutan Hari Kebangsaan menarik lebih 250 peserta malam semalam.
A
A
A

PONTIAN - Seramai 300 peserta menyertai aktiviti kayuhan basikal, Benut Merdeka Fun Night Run dan Kayuhan Amal D Pinggan sempena sambutan kemerdekaan semalam.

Pengerusi Kelab Berbasikal Benut (BBC), Mohd Rashid Sahid berkata, Benut Merdeka Fun Night Run dianjurkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Benut bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Betak, Belia 4B Parlimen Pontian dan BBC.

"Kayuhan sejauh 30 kilometer dari Benut ke Pekan Parit Betak disertai 250 peserta.

"Aktiviti berbasikal berjaya menghidupkan sambutan hari kemerdekaan dan acara ini akan menjadi aktiviti tahunan," katanya.

Aktiviti Kayuhan Amal D Pinggan pula berjaya menarik penyertaan 50 peserta di mana mereka turut menyampaikan sumbangan kepada 10 asnaf di Kampung Parit Mastar dan Parit Pinang.

Artikel Berkaitan: