Budak umur setahun cedera disepak lelaki tak dikenali

Kelihatan seorang lelaki berbaju belang menghampiri mangsa sebelum menyepaknya.
Kelihatan seorang lelaki berbaju belang menghampiri mangsa sebelum menyepaknya.
A
A
A

SHENZHEN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun di China cedera ringan dan lebam gara-gara disepak seorang lelaki tidak dikenali.

Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan di dalam sebuah pusat beli-belah di Shenzhen bersama neneknya berusia 57 tahun apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba menendang kaki kanak-kanak itu dari belakang.

Insiden pada Rabu lalu dirakam kamera keselamatan dan telah ditonton hampir lima juta kali dalam tempoh 24 jam.

Dalam rakaman itu kelihatan seorang lelaki berbaju belang menghampiri mangsa yang berdiri berhampiran sebuah tiang sebelum menendangnya dari belakang lalu menyebabkan kanak-kanak itu terpelanting di lantai.

Nenek mangsa segera memeriksa keadaan cucunya lalu berdepan dengan lelaki berkenaan yang kelihatan berkata sesuatu kepada wanita tua itu.

Lelaki terbabit dipercayai mengugut nenek mangsa menyebabkannya terpaksa membiarkan lelaki itu berlalu pergi.

Difahamkan tiada saksi tampil ketika kejadian menyebabkan keluarga kanak-kanak terbabit memuat naik video itu atas talian dengan harapan dapat menjejak si pelaku.

Sementara itu, Polis Shenzhen memaklumkan telah mengenal pasti seorang suspek namun tiada tangkapan dibuat setakat ini. - Agensi

Artikel Berkaitan: