Lori kontena terbalik, trafik sesak sejauh 10 kilometer

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kemalangan yang berlaku melibatkan lori kontena yang terbalik di kilometer 188.3 arah utara dari Jasin ke Ayer Keroh Melaka di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang berlaku kira-kira jam 6 petang tadi menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga sekarang.

PLUS menerusi Twitternya berkata, setakat jam 10 malam tadi, kesemua laluan masih terhalang dan kerja pengalihan sendang dijalankan.

"Trafik sesak 10 kilometer. Sila keluar di Plaza Tol Tangkak, Bukit Gambir atau gunakan laluan alternatif," katanya.

Pada jam 7.30 malam tadi, Plus turut memaklumkan trafik perlahan sejauh enam kilometer dan tarik arah selatan perlahan tiga kilometer.

Artikel Berkaitan: