Warga emas ditahan miliki dadah

Tiga lelaki tempatan termasuk seorang warga emas yang ditahan di sebuah rumah di Kampung Rambai tengah malam tadi.
Tiga lelaki tempatan termasuk seorang warga emas yang ditahan di sebuah rumah di Kampung Rambai tengah malam tadi.
A
A
A

PENDANG - Seorang warga emas antara tiga lelaki yang ditahan kerana memiliki dadah di sebuah rumah di Kampung Rambai, tengah malam tadi.

Ketua Polis Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, ketika serbuan jam 12.05 tengah malam itu, ketiga-tiga individu berkenaan sedang duduk di atas kerusi kayu sambil menghadap sebuah meja kayu di hadapan mereka.

Katanya, hasil pemeriksaan polis merampas dadah jenis heroin seberat 21.22 gram bernilai RM636, enam gram syabu bernilai RM900 dan 1.39 gram ganja bernilai RM48.

"Kesemua lelaki tempatan berusia antara 32 hingga 57 tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 39B, 39 A (1), 6, dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: