'Memang saya tak pernah menyesal'

Hanif Chan membaca al-Quran sempena Malaysia #QuranHour di Masjid Muhammadiah (Masjid Cina Muslim) Taman Tasek Jaya hari ini.
Hanif Chan membaca al-Quran sempena Malaysia #QuranHour di Masjid Muhammadiah (Masjid Cina Muslim) Taman Tasek Jaya hari ini.
A
A
A

IPOH - “Kamu bukan budak kecil lagi. Kamu buat keputusan, jangan menyesal. Alhamdulillah, memang saya tak menyesal sampai sekarang."

Itu reaksi bilal Masjid Muhammadiah (Masjid Cina Muslim), Hanif Chan Abdullah, 50, ketika mengimbas kembali detik dirinya memeluk Islam pada 2008.

Hanif Chan berkata, kata-kata ibunya itu masih diingati dan terngiang-ngiang di telinga yang semakin menguatkan semangatnya untuk meneruskan hidup sebagai seorang Muslim.

“Syukur Alhamdulillah, dulu saya mudah menerima Islam. Mungkin sebab dulu tidak ada agama, jadi senang untuk saya terima Islam.

“Sampai sekarang pun saya masih lagi tak percaya, saya kini bilal di masjid ini. Alhamdulillah,” katanya, di sini hari ini.

Hanif Chan berkata demikian ketika ditemui sempena penganjuran Malaysia #QuranHour di Masjid Muhammadiah (Masjid Cina Muslim) Taman Tasek Jaya, hari ini.

Mengulas mengenai program berkenaan, Hanif Chan berkata, ia sangat bagus dan perlu dianjurkan selalu.

Bagaimanapun katanya, baru kali dia berpeluang untuk turut serta bersama beberapa peserta lain di masjid berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Ini kali pertama saya sertai. Dulu ada juga dianjurkan di sini, tapi saya tak sertai. Semoga program yang baik ini dapat dianjurkan lagi dengan lebih ramai peserta,” katanya.

Nur Amirah
Nur Amirah

Sementara itu, ibu tunggal, Nur Amirah Abdullah, 61, berkata, Malaysia #QuranHour wajar diteruskan lagi pada masa hadapan.

Menurutnya, dia akan cuba sedaya upaya untuk menyertai program berkenaan yang banyak memberikan pengajaran dan mesej penting kepada dirinya.

“Saya memeluk Islam pada 28 Jun 2018, dua tahun selepas anak sulung saya memeluk Islam. Suami saya dah lama meninggal dunia.

“Bagi saya program ini baik, menarik dan saya menerima banyak mesej walaupun kali pertama menyertainya.

“Harapan saya semoga program sebegini dapat diteruskan dan saya rasa gembira untuk menyertainya,” kata ibu kepada tiga anak ini lagi.

ARTIKEL BERKENAAN: Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini