Pelajar, guru teruja sertai Malaysia #QuranHour

Pelajar Tingkatan 4 SMK Seksyen 19 Shah Alam yang turut serta dalam Malaysia #QuranHour.
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 37 pelajar dan dua guru pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam berasa teruja untuk menyertai Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.

Guru Pendidikan Islam, Kamisah Talib, 47, berkata, seawal jam 8.30 pagi rombongan dengan menaiki sebuah bas itu tiba di Masjid Putra bagi memberikan sokongan dan pendedahan kepada pelajar untuk mendalami serta mentadabbur surah al-Kahf.

“Dua minggu lepas, sekolah dimaklumkan mengenai program ini dan pihak sekolah memilih pelajar Tingakatan 4 untuk menyertainya.

“Kelainan tahun ini apabila pihak sekolah memilih pelajar lelaki untuk menyertainya berbanding tahun lalu yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

“Diharapkan pelajar dapat didedahkan dengan sesi tadabbur bagi lebih memahami isi kandungan surah al-Kahf,” katanya ketika ditemui pada program Malaysia #QuranHour yang berlangsung, di sini hari ini.

Kamisah (kiri) bersama seorang lagi guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam.
Kamisah (kiri) bersama seorang lagi guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam.

Pelajar, Muhammad Adib Iman Norahim, 16, berkata, dia dan rakan sangat gembira terpilih menyertai program tersebut yang sering didengari di media dan televisyen.

“Jika ada peluang, saya mahu sertai lagi dan diharap banyak lagi surah boleh dibaca, difahami dan diamalkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini