Polis Kelantan giat pantau cara gantung Jalur Gemilang

Gambar kecil, Abdullah Mohammad Piah
Gambar kecil, Abdullah Mohammad Piah
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan melalui Pasukan Rondaan Bermotosikal kini giat memantau premis dan bangunan persendirian yang menggantung Jalur Gemilang bagi mengelakkan kesilapan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah bagaimanapun berkata, polis belum menerima apa-apa laporan berhubung isu bendera Malaysia digantung secara terbalik berlaku di negeri ini dan tidak ada kes yang direkodkan.

“Walaupun demikian ada satu kejadian yang dikatakan tersebar di media sosial berkaitan pemilik sebuah rumah yang tersalah gantung bendera. Apabila diperiksa dikatakan bendera tersebut koyak dan dibaiki serta tidak sengaja gantung tidak betul,” katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, pihak polis memandang serius kejadian itu bagaimanapun individu berkenaan sudah menurunkan bendera tersebut selepas ditegur jirannya dan perkara itu bagaimanapun dianggap selesai.

“Pada masa sama, pemantauan polis akan tetap diteruskan setiap masa bagi memastikan warga negara menggantung atau meletakkan kedudukan bendera tersebut dengan cara yang betul.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya sentiasa jaga kedaulatan negara dan tidak melakukan perkara yang boleh mengganggu-gugat keamanan negara,” katanya.

Tambahnya, mana-mana pelaku boleh didakwa di bawah peruntukan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 atau sekiranya membabitkan media sosial boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Bagi Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak menyebabkan bangkitan marah dan pecah keamanan membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 boleh dihukum denda tidak melebihi RM100 manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

“Kesalahan ini boleh juga didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Warga emas tak sengaja pasang bendera terbalik'

Lagi kes Jalur Gemilang terbalik