4 lelaki dikehendaki polis, bantu siasatan kes penipuan

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Polis mohon bantuan orang ramai untuk mengesan empat lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan kes jenayah komersial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani berkata, individu yang dikehendaki itu ialah Lim Wei Keat, 26; Tang Cheng Hong, 38; Ting Ka Hoo, 46 dan Voon Joon Chung, 43.

“Kesemua mereka dikehendaki polis kerana terlibat dengan kes penipuan yang kini sedang disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mustafa berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keempat-empat individu itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Khir Johari Esa di talian 013-3721982 dan Asisten Superintendan Simon Renang (016-8547803). - Bernama

Artikel Berkaitan: