74 anak Jeli terima WPP

Wajah ceria anak-anak Jeli selepas menerima WPP di sini semalam.
Wajah ceria anak-anak Jeli selepas menerima WPP di sini semalam.
A
A
A

JELI - Seramai 74 anak Jeli ceria menerima Wang Pendahuluan Pembayaran (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diagihkan di sini semalam.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menzahirkan kegembiraan di atas kejayaan anak-anak berkenaan dan berharap mereka akan terus cemerlang pada masa hadapan.

"Pemberian WPP ini tepat pada masanya dan diharap akan membantu anak-anak membuat persiapan sebelum memulakan sesi pengajian September ini.

"Sebanyak RM1,500 WPP diserahkan PTPTN dan diharap akan dimanfaatkan sebaiknya oleh anak-anak," katanya di sini.

Mustapa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas turut berharap anak-anak Jeli akan menggunakan peluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sekali gus mengubah nasib diri dan keluarga melalui pendidikan.

Majlis penyerahan disempurnakan Pegawai Khas ADUN Ayer Lanas, Dr Mohd Nasir Mohd Nor yang mewakili Mustapa.

Hadir sama, Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Rasidah Salleh dan ibu bapa pelajar berkenaan.

Difahamkan kesemua mereka bakal menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang di universiti awam di seluruh negara bagi kemasukan September 2019.

Artikel Berkaitan: