MPKK perlu senaraikan projek pembangunan baharu

Mohd Sofi Wahab
Mohd Sofi Wahab
A
A
A

MELAKA TENGAH - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) negeri ini disaran menyenaraikan semua projek pembangunan baharu terutama di kawasan luar bandar.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd Sofi Wahab berkata, ia penting bagi memastikan setiap permohonan diambil tindakan demi pembangunan rakyat.

Menurutnya, segala pembangunan yang akan dibangunkan perlu mendapatkan kerjasama Japerun agar segala isu berbangkit berhubung sesuatu permohonan projek dapat dibawa ke tengah dan disalurkan kepada jabatan mahupun agensi terlibat.

“Kajian seperti merekodkan pangkalan data terhadap penyelarasan segala projek berkaitan perlu dilaksanakan secara proaktif agar dapat dibentangkan ke pihak atasan dengan lebih telus.

“Prasarana perlu ditekankan termasuk pembangunan infrastruktur jalan raya, saliran longkang, jambatan serta pelbagai lagi perlu ditingkatkan demi keselesaan dan kebajikan sosial penduduk,” katanya.

Katanya, dengan menyelaraskan projek berkaitan ia akan memudahkan sebarang peruntukan disalurkan dengan lebih cepat setelah peruntukan diluluskan.

Beliau berkata, data terkini juga perlu dikemaskini berikutan ada kemungkinan sesetengah masyarakat B40 yang berjaya jana pendapatan dan bantuan diterima sebelum ini boleh disalur kepada memerlukan,” katanya.

Artikel Berkaitan: