Kebakaran hutan: JAS cadang dua sekolah ditutup

Tan Chen Choon
Tan Chen Choon
A
A
A

KULAI - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Andang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Adang di Iskandar Puteri yang terletak dalam jarak kurang 50 meter dari kawasan hutan yang terbakar sejak tiga hari lalu dicadangkan ditutup sementara.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata, kedua-dua sekolah terbabit cukup terkesan dengan kebakaran hutan di Jalan Kupang Kampung Pekajang seluas 40 hektar itu.

"Pagi ini Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berangkat meninjau lokasi kebakaran hutan di Jalan Tanjung Kupang. Saya turut bersama ketika lawatan itu diadakan.

"Situasi dua buah sekolah berdekatan turut ditinjau. Memang ada terkesan kerana kedudukannya sangat dekat dengan kawasan hutan yang terbakar," katanya ketika ditemui pada operasi pembersihan khas sampah haram di Taman Lagenda Putra, Kulai hari ini.

Semalam, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor (Pembelajaran), Sallina Hussain berkata, pihaknya belum menerima apa-apa keputusan atau arahan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri untuk menutup sementara atau memberikan cuti kepada SMK Tanjung Andang dan SK Tanjung Adang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Ismail arah SMK Tanjung Adang ditutup sementara

Artikel Berkaitan: