Enam lelaki ditahan bunuh, makan monyet

No Image Caption
A
A
A
HANOI - VIETNAM. Akibat membunuh dan memakan spesies monyet terancam, enam lelaki ditahan di tengah Vietnam semasa menyiarkan menerusi penstriman langsung di laman media sosial, kata polis hari ini.

Menerusi laporan AFP, memperdagangkan dan memakan spesies haiwan jarang ditemui serta terancam ketika ini sedang meluas di Vietnam kerana ramai masih percaya bahawa anggota badannya dapat menyembuhkan penyakit.

Namun, penjualan haiwan terancam berlaku pasaran gelap dan pengguna jarang menyiarkan pembunuhan selain memakannya kerana ia dilindungi di bawah undang-undang pemuliharaan haiwan Vietnam.

Lelaki yang berumur 35 hingga 39 tahun merakamkan perbuatan mereka dengan menggunakan telefon pintar sambil memakan monyet langur dan menyiarkan video menerusi penstriman langsung dalam Facebook pada 17 November lalu.

Mereka yang dikenal pasti itu kemudian berjaya ditangkap, semalam.

Menurut pegawai polis di Tengah Wilayah Ha Tinh, ia mengambil masa untuk mengenal pasti suspek.

“Ia mengambil masa untuk mengenal pasti suspek yang terbabit,” katanya.

Menurut kenyataan disiarkan dalam laman web polis di wilayah Ha Tinh, lelaki terbabit dituduh melanggar undang-undang bagi melindungi haiwan terancam dan bernilai tinggi serta mereka mengaku melakukan jenayah itu. - AFP

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!