Hutan Amazon: 1,663 kebakaran baharu direkod

Pemandangan udara kebakaran di hutan hujan Amazon. - Foto AFP
A
A

BRASILIA - Menurut data rasmi semalam ratusan kebakaran baharu dilaporkan terus berlaku di hutan hujan Amazon.

Kebakaran di hutan hujan terbesar dunia itu mencetuskan bantahan global yang menuntut Presiden Jair Bolsonaro segera menangani situasi berkenaan.

Ia turut menjadi antara isu utama di Sidang G7 yang sedang berlangsung di Biarritz, Perancis.

Data rasmi menunjukkan, 78,383 kebakaran hutan berlaku tahun ini di Brazil dan menurut pakar, aktiviti pembersihan tanah ketika musim kering bagi tujuan pertanian dan penternakan mempercepat aktiviti pembasmian hutan.

Menurut Institut Kebangsaan untuk Penyelidikan Angkasa (INPE), sejumlah 1,663 kebakaran baharu direkod antara Khamis dan Jumaat lalu.

Data baharu itu dikeluarkan selepas Bolsonaro mengerahkan pasukan tentera membantu memadam kebakaran di hutan hujan Amazon yang berperanan penting mengawal perubahan iklim dunia itu. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Presiden Brazil hantar tentera bantu padam kebakaran di Amazon


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia