Terjun bangunan: Polis akan rekod keterangan ibu, anak

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan dua beranak yang dipercayai terjun dari sebuah pangsapuri di Taman Kepong di sini, Isnin lalu dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, keadaan wanita dan anak perempuannya itu kini semakin stabil.

"Kedua-dua mereka masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Kita akan pastikan keadaan mangsa stabil dari segi mental dan fizikal sebelum merekod keterangannya dalam masa terdekat. Kita perlu pastikan mereka ini pulih sebaiknya dari segi emosi," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan pihaknya telah merekod keterangan suami wanita terbabit bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjun dari tingkat 10 pangsapuri, namun mangsa bukanlah penghuni di pangsapuri berkenaan.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 309 kerana cubaan membunuh diri,” katanya.

Dalam kejadian jam 2.35 petang, Isnin lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut manakala kakaknya berusia tujuh tahun dan ibunya berusia 34 tahun parah selepas terjun dari sebuah pangsapuri.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu, dua anak terjatuh bangunan