Cubaan seludup rokok gagal

Rampasan rokok dianggar bernilai lebih RM50,000.
Rampasan rokok dianggar bernilai lebih RM50,000.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Cubaan menyeludup rokok kretek bernilai RM52,800 berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor.

Cubaan sindiket terbabit itu terbongkar kira-kira 0.1 batu nautika dari pesisiran pantai Tanjong Sepat pada jam 7.30 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya mengesan pergerakan sebuah bot yang mencurigakan menuju ke Tanjong Sepat berhampiran persisiran pantai.

Dua buah kenderaan MPV yang dirampas.
Dua buah kenderaan MPV yang dirampas.

“Bot berkenaan bagaimanapun melarikan diri sebaik menyedari kehadiran bot ronda Maritim.

"Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan tersebut kemudiannya membawa kepada penemuan beberapa bungkusan rokok pelbagai jenama di dalam dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dianggarkan nilai rampasan rokok adalah bernilai RM52,800 termasuk jumlah cukai.

Katanya, kedua-dua buah kenderaan itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor bagi siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: