[DIKEMASKINI] Pengerusi Dong Zong disiasat bawah Seksyen 504

Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim (tengah) hadir ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 Bukit Aman.
Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim (tengah) hadir ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 Bukit Aman.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pengerusi Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong), Tan Tai Kim disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed melalui kenyataan media hari ini.

Menurutnya, Tai Kim dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakam percakapan berhubung berapa laporan polis yang telah dibuat terhadap persatuan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dong Zong: Polis buka kertas siasatan

Dong Zong memang rasis, hanya cakap soal orang Cina

Tai Kim bersama Setiausaha Agung Dong Zong, Ng Chai Heng serta dua peguam, Abraham Au dan Ng Guang Fa tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar jam 9.30 pagi dan dilihat keluar pada jam 12.45 tengah hari hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, terserah kepada polis untuk menentukan sama ada Dong Zong perlu diharamkan atau tidak.

Dr Mahathir berkata, kumpulan itu menentang undang-undang jika ia terus mendorong dan menghasut rakyat supaya bergaduh antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M kecam Dong Zong, sindir DAP

"Kita ada kebebasan bersuara tetapi sentiasa bersikap sensitif mengelak daripada menghasut rakyat pelbagai kaum untuk bergaduh sesama sendiri.

"Tapi Dong Zong hanya bercakap untuk satu kaum dan lupa bahawa ini ialah negara pelbagai kaum," katanya.

Dong Zong sebelum ini lantang menyuarakan bantahan terhadap pembelajaran tulisan khat dan Jawi di sekolah vernakular yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan.