Tun M kecam Dong Zong, sindir DAP

A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Kelantan percaya kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sebagai rasis sebenarnya dituju kepada pemimpin DAP.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, sesuai dengan peribahasa ‘pukul anak sindir menantu’ memperlihatkan kenyataan Dr Mahathir bukan sekadar peringatan kepada Dong Zong sebaliknya pemimpin DAP yang rasis.

Menurutnya, menteri-menteri DAP perlu sedar dengan sindiran itu dan meletakkan jawatan daripada Kabinet.

“Tolonglah terasa dengan kenyataan Dr Mahathir, sebab bukan sahaja Dong Zong malah pemimpin DAP sendiri ada yang rasis.

ARTIKEL BERKAITAN: Dong Zong memang rasis, hanya cakap soal orang Cina: PM

Dong Zong tolak label rasis

PM anggap Dong Zong rasis

“Sejak dulu lagi Pemuda UMNO Kelantan kekal dengan kenyataan itu (rasis) dan ia perlu diharamkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Hariri
Noor Hariri

Noor Hariri berkata, Dong Zong perlu diharamkan kerana menjadi punca utama perpecahan kaum di negara ini.

Menurutnya, tindakan pemimpin Dong Zong juga menyusahkan penduduk Cina untuk berbaik dengan bangsa lain.

Semalam, Dr Mahathir mempertahankan kenyataannya melabel Dong Zong sebagai rasis.

Menurutnya, Dong Zong tidak pernah berkata apa-apa tentang Malaysia meskipun negara ini berbilang kaum dan hanya membangkitkan isu berkaitan masyarakat Cina sahaja.

“Mereka tak pernah bercakap tentang Malaysia. Mereka hanya memperjuangkan satu bangsa. Malaysia adalah negara berbilang kaum, kalau lakukan sesuatu kena jaga perasaan kaum lain.

“Dong Zong tak pernah kata apa tentang Malaysia dan selalu cakap tentang pendidikan masyarakat Cina. Bahkan semasa saya usulkan untuk wujudkan Sekolah Wawasan untuk satukan rakyat, mereka menolak,” katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia