KPM siasat Jalur Gemilang terbalik dibekalkan ke sekolah

Maszlee melalui ciapan di Twitter miliknya memaklumkan KPM akan menyiasat insiden bendera Jalur Gemilang terbalik yang dibekalkan ke sekolah.
Maszlee melalui ciapan di Twitter miliknya memaklumkan KPM akan menyiasat insiden bendera Jalur Gemilang terbalik yang dibekalkan ke sekolah.
A
A
A

PUTRAJAYA - Insiden sebuah sekolah menerima bekalan Jalur Gemilang secara terbalik akan disiasat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perkara berkenaan ditegaskan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi ciapan di Twitter miliknya hari ini.

“Pihak KPM akan segera menyiasat perkara ini,” katanya.

Maszlee membuat ciapan itu sambil ulang siar kenyataan seorang pengguna Twitter yang mendapat maklumat pihak sekolah menerima bendera berkenaan daripada pembekal.

Seorang pengguna Twitter @ridzuanraoof mahu kementerian bukan sekadar menyiasat tetapi mengambil tindakan sewajarnya.

“Bukan sekadar siasatan tapi perlu hukuman. Siasatan semata-mata tiada guna. Hukuman berganda supaya orang lain takut nak buat perkara yang sama,” tulisnya.

@khairulahmad pula berkata, kerajaan perlu mengenal pasti pembekal dan pengilang yang bertanggungjawab.

“Jangan siasat saja YB. Ambil tindakan terhadap pembekal dan pengilang bendera seperti ini. Tarik semula lesen SSM mereka. Tidak hormat Malaysia. #MalaysiaDiHatiku,” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam insiden berlainan, pemasangan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik di sebuah sekolah di Pahang adalah perbuatan yang tidak disengajakan, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung isu terbabit dan mendapati pemasangan Jalur Gemilang itu bukan niat bertujuan untuk mengaibkan atau merupakan satu manifestasi membantah di luar sekolah berkenaan.