Pejabat daerah digesa tingkat usaha tambah pendapatan

Adly (tengah) ketika membuat lawatan ke Pejabat Daerah Jasin di sini hari ini.
Adly (tengah) ketika membuat lawatan ke Pejabat Daerah Jasin di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka menyarankan setiap pejabat daerah di negeri ini meningkatkan usaha bagi menambah hasil pendapatan masing-masing.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, peningkatan hasil pendapatan penting dalam sesebuah kerajaan kerana hasil diperoleh bukan sahaja dapat digunakan bagi tujuan pembangunan yang dirancang, namun memberi pulangan kepada rakyat dalam mewujudkan kehidupan lebih kondusif.

Menurutnya, walaupun terdapat pejabat daerah di negeri ini yang berjaya mencapai sasaran kutipan 100 peratus pada suku tahun ketiga, namun ia masih belum mampu untuk melaksanakan beberapa perancangan pembangunan di daerah tersebut.

"Pembangunan negeri bergantung kepada kutipan cukai dan dengannya pelbagai perkara boleh dilaksanakan termasuk pertanian dan kebajikan.

"Daerah ini (Jasin) tidak terkecuali daripada pembangunan itu dan saya harap hasil cukai akan menjadikan daerah ini terus membangun demi kepentingan rakyat," katanya ketika sidang media selepas lawatan ke Pejabat Daerah Jasin di sini.

Artikel Berkaitan: