Polis larang Zakir Naik ceramah di Terengganu

Aidi Ismail
Aidi Ismail
A
A
A

MARANG - Polis Terengganu menasihatkan kerajaan Terengganu dan mana-mana penganjur menangguhkan sementara program ceramah melibatkan pendakwah bebas, Dr Zakir Naik di negeri ini buat sementara waktu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, larangan permit ceramah terhadap Zakir yang kini terpalit dengan kontroversi tersebut bertujuan untuk menjamin ketenteraman awam di negeri ini.

"Bukan sahaja berceramah, sebagai jemputan (menghadiri program di Terengganu) pun tidak berapa sesuai buat masa ini berdasarkan isu-isu yang timbul sekarang.

"Saya akan nasihatkan kerajaan negeri (Terengganu) atau penganjur agar membatalkan program ceramah Dr Zakir Naik buat sementara waktu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Marang yang baharu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Pegawai Turus Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, Deputi Superintendan Amran@Mohd Zaki Omar akan memangku jawatan Ketua Polis Daerah Marang menggantikan Superintendan Mohd Suhaimi Ali yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Kota Bahru, Kelantan.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata, pendakwah Islam antarabangsa terkenal itu sedang disiasat berhubung aduan membabitkan kenyataannya bahawa penganut Hindu tidak menyokong Perdana Menteri Malaysia sebaliknya menyokong Perdana Menteri India serta meminta kaum Cina untuk keluar dari Malaysia.

Artikel Berkaitan: